Wednesday, August 12, 2009

Pelajar sekarang malas membaca...

KOSMO (13 Ogos 2009)

GEORGE TOWN - "Pelajar kini makin malas membaca, berfikir dan menilai."

Begitulah nada kecewa yang disuarakan penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara 2008, Prof. Dr. Muhammad Salleh yang menyifatkan ramai golongan pelajar masa kini sama ada di sekolah mahupun universiti kurang membaca dan ia berbeza berbanding generasi lampau.

Beliau yang juga Sasterawan Negara berkata, biarpun seronok menjadi seorang pendidik namun beliau kecewa apabila pelajar yang lahir daripada sistem pendidikan sekarang tidak lagi cintakan buku.

"Sebagai pendidik, kita membina watak manusia yang boleh berfikir, berhujah dan menilai sesuatu yang berlaku.

"Namun jika kurang membaca, bagaimana pelajar itu mahu berfikir serta memberi pendapat serta menyelesaikan setiap masalah yang timbul," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Ekspo Konvokesyen 2009 (Convex 09) Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.

* Persoalan disini betulkah pelajar sekarang malas mambaca..????
Renung-renungkanlah...

2 comments:

  1. Mungkin ya dan mungkin tidak. Sbb stress pelajar skrg lebih berat dibandingkan dengan dulu. Perkembangan semasa membuat kita mengikutinya. Dan dlm mengejar kejayaan pulak kita membaca namun seperti yg kita tahu jugak, pensyarah pun suruh kita hafal apabila kita tak faham. Renungkanlah bahawa bukan kesemua ini salah pelajar tapi juga masa yang diberikan utk sst pelajaran itu. Tak cukup masa maka hafal je la. Bila hafal dan org lain tanya kita tp tak tau jwb maka org kata kita tak rajin belajar. Kesian le kita jugak~~~

    ReplyDelete
  2. pndaila be who you are...nk slamatkn dri dr dkatakn MALAS, ckp cm 2 lk.hahahahaha.

    ice cream...ice cream...mmg ice cream poyo.huhuhu.=p

    ReplyDelete