Sunday, March 28, 2010

Meminta Kemaafan....

Salam...lame rasenye xpost entri baru kat blog yg xseberapa ni...bkn ape, xtahu nk karang "mende" kat blog ni... sbb 2 xbrape nk ade cter2 terbaru...hahaha...( terguna loghat ganu plok...huhu..sory ler klu terguna sbb dh terbiasa guna..huhu).. ok la xnak cter panjang 2 & terus kpd tajuk post entri "meminta kemaafan"... Di sini, saya yg bernama MOhd Firdaus a.k.a Daus ingin meminta kemaafan dari ujung rambut ke ujung kaki kpd mereka 2 yg telah Daus sakiti secara sedar atau xsedar selama Daus mengenal dgn korang semua ( gune ayat ilmiah la plak...hahaha... Daus mmg byk buat salah dgn korang semua..klu dibandingkan dgn gunung everest tggi lg kesalahan daus ngan korang semua...huhu.. kpd 2- 3 org coursemate daus yg prnah daus sakiti korng dlu (mcm lame la plak, pdahal sem lps jew...huhu..daus ingt lg tarikh 'keramat' 2, nk kena bg tau ke..?? xyah la, lain thn baru daus bg tau....hahahha... kpd kwn 2 coursemate tsbt, daus mintak maaf byk 2...kpd kwn 2 coursemate yg lain jgk pon daus mintak maaf...sory byk 2 selama daus berkawan dgn korang & kepada insan-insan tertentu especially dot.dot.dot...( nk kena sebut name ke..??? xyah la kot...biarlah daus je yg tahu...huhu.....kpd insan-insan tsbt daus jgk mintak maaf bnyk 2 sbb daus telah bnyk menyusahkan anda kerana daus telah melukakan aty & memaksa serta mengacau anda dgn perkara yg anda mmg xinginkan dan perkara yg mmg anda xminat utk hadapinye dlm hidup anda ....daus mintak maaf byk 2 jikalau kehadiran daus dlm hidup anda telah menyusahkan anda ...akhir sekali kpd kwn 2 yg daus xsebut nama disbbkan daus pon xbrape bnyk sgt idea nk karang....heheh..disini, daus mintak maaf jgk dr korang semua....ok la daus berhenti kat cni dlu..rasenye panjang la plak daus duk membebel mlm 2 ni....huhuhu....

Salam...

Tuesday, March 9, 2010

Maafkan Aku...

Maafkan Aku
Kiranya benar takdir cinta kita
cuma setakat ini
maaf ku pohon darimu sayang
dari detik pertama perkenalan
hingga saat perpisahan
Maaf ku tak berdaya
menjadi seperti yang kamu inginkan
aku cuma aku
aku bukan insan sempurna
Maaf ku tak bisa
melupakan dirimu
wajahmu, bait tuturmu
segala yang ada padamu
akan sentiasa di kalbuku
Andai tiba saatnya
kamu temui pengantiku
akan ku titipkan doa
moga kamu bahagia disampingnya

Tuesday, March 2, 2010

Kamu Yang Aku Cintai....

Pertamanya,
“Aku cinta kamu’
Biar kata – kata itu mendahului

Biar kamu tahu
Betapa aku menyayangimu
Di seluruh ruang hati
Kamu saja yang menghadiri

Kadangkala hatiku sakit
Bukan kerna kamu yang mencalarnya
Bukan kerna kamu tiada di hati
Kerna aku ingin kamu ubati


Adakalanya kamu tidak peduli
Kamu langsung tidak mengerti
Betapa pedihnya hati ini
Namun aku mahu memahami

Kamu selalu menjadi marah
Hingga hati aku menjadi susah
Namun, kamu lagi resah
Biarlah aku yang beralah

Kamu yang aku cintai
Hatimu tidak akan aku lukai
Biar kamu marah, sedih dan menangis
Sayangku tak mungkin akan habis

Aku akhirikan,
Sebuah ungkapan,
“Aku cinta kamu”

Friday, October 9, 2009

Penduduk Islam dunia kini 1.57billion...

Utusan Malaysia 9 Oktober 2009

NEW JERSEY 8 Okt. – Penduduk Islam di dunia kini berjumlah 1.57 bilion, nisbah satu kepada empat orang penduduk dunia, menurut satu laporan komprehensif, semalam.

Laporan oleh Forum Pew Agama dan Kehidupan Awam itu menyediakan satu angka tepat yang sebelum ini jumlahnya hanya dianggarkan.

Projek yang mengambil masa selama tiga tahun itu turut mendedahkan kenyataan-kenyataan yang mungkin mengejutkan.

Sebagai contoh, Jerman mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Lebanon; China mempunyai lebih ramai penduduk Islam daripada Syria dan Rusia pula mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Jordan dan Libya.

“Andaian yang menyatakan bahawa Islam adalah Arab dan Arab adalah Islam, ternyata tidak benar dengan adanya laporan ini,” kata Amaney Jamal, penolong profesor politik di Universiti Princeton yang mengkaji semula salinan awal laporan itu.

Pegawai-pegawai Pew menganggap laporan tersebut adalah yang paling lengkap dalam kategorinya dan meletakkan agama Islam sebagai agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian, yang dianggarkan mempunyai antara 2.1 bilion hingga 2.2 bilion penganut.

Laporan itu turut mendapatkan pecahan antara pengikut mazhab Sunni dengan Syiah tetapi kesulitan timbul kerana tidak banyak negara membuat pecahan seumpamanya, kata penyelidik kanan projek, Brian Grim.

Maka, bilangan pengikut Syiah tidak dianggap khusus dengan laporan menganggarkan Syiah mewakili antara 10 dan 13 peratus daripada keseluruhan umat Islam di dunia, yang sejajar atau sedikit rendah berbanding kajian-kajian lain.

Sebanyak 80 peratus pengikut Syiah tinggal di empat negara iaitu Iran, Pakistan, India dan Iraq.

Laporan turut mendedahkan bahawa meskipun nadi Islam terletak di Asia Barat, bilangan terbesar umat Islam adalah di Asia iaitu meliputi lebih 60 peratus.

Asia Barat dan Afrika Utara hanya mewakili kira-kira 20 peratus umat Islam, 15 peratus di Afrika Sub-Saharan, 2.4 peratus di Eropah dan 0.3 peratus di Amerika Syarikat.

Seramai 317 juta penduduk Islam atau satu per lima daripada jumlah keseluruhan penduduk Islam pula tinggal di negara yang penduduknya bukan majoriti Islam.

Sebanyak 10 negara telah disenarai mempunyai penduduk dua per tiga beragama Islam iaitu Indonesia, Pakistan, India, Bangladesh, Iran, Turki, Mesir, Algeria, Maghribi dan Nigeria. – AP

Friday, August 21, 2009

Kelebihan-Kelebihan Solat Sunat Tarawih Dalam Bulan Ramadhan....

Malam Pertama:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam Ke 2:
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam Ke 3:
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam Ke 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam Ke 5:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam Ke 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam Ke 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.

Malam Ke 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam Ke 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam Ke 10:
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam Ke 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam Ke 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam Ke 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam Ke 14:
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam Ke 15:
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.

Malam Ke 16:
Allahsubhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam Ke 17:
Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam Ke 18:
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam Ke 19:
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam Ke 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam Ke 21:
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam Ke 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam Ke 23:
Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam Ke 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam Ke 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam Ke 26:
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam Ke 27:
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam Ke 28:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam Ke 29:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam Ke 30:
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar”.”

Saturday, August 15, 2009

Pengguna telefon bimbit mudah lupa: Kajian....???

BERITA HARIAN(15/08/2009)

MELBOURNE: Satu kajian mendapati pengguna muda telefon bimbit yang kerap mempunyai ingatan yang kurang baik, tindak balas yang perlahan terhadap masa dan membuat banyak kesilapan.

Kajian di kalangan 300 pelajar berumur 12 hingga 14 tahun dari 20 sekolah swasta dan negeri di Melbourne baru-baru ini menunjukkan kanak-kanak yang banyak menggunakan telefon bimbit kemungkinan mengorbankan ketepatan bagi mencapai kelajuan.

Kajian oleh penyelidik dari Monash University itu menunjukkan kanak-kanak disifatkan sebagai pengguna telefon bimbit yang tinggi kemungkinan besar mempunyai kurang ingatan, bertindak perlahan terhadap sesuatu tanggung jawab dan melakukan lebih banyak kesilapan daripada para pelajar yang kurang menggunakan telefon bimbit.



"Kami mengambil kira umur, jantina, etnik dan status sosio-ekonomi di dalam penyelidikan kami.

"Secara mudahnya, telefon mudah alih mungkin mengajar kanak-kanak untuk mencapai kelajuan daripada ketepatan," kata kata salah seorang penyedia laporan itu, Dr Geza Benke, kepada Australian Associated Press.

Laporan Monash University itu mendapati penggunaan telefon bimbit secara keseluruhannya dikaitkan dengan tindak balas yang cepat tetapi kurang tepat kepada paras ujian kognitif yang lebih tinggi.


Berita baiknya ialah kadar kesilapan palajar tidak mungkin dikaitkan dengan radiasi telefon bimbit. - Bernama


* Boleh percaya ke kajian ni..???
Lain macam je...ke guane pendapat korang...???

Wednesday, August 12, 2009

Pelajar sekarang malas membaca...

KOSMO (13 Ogos 2009)

GEORGE TOWN - "Pelajar kini makin malas membaca, berfikir dan menilai."

Begitulah nada kecewa yang disuarakan penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara 2008, Prof. Dr. Muhammad Salleh yang menyifatkan ramai golongan pelajar masa kini sama ada di sekolah mahupun universiti kurang membaca dan ia berbeza berbanding generasi lampau.

Beliau yang juga Sasterawan Negara berkata, biarpun seronok menjadi seorang pendidik namun beliau kecewa apabila pelajar yang lahir daripada sistem pendidikan sekarang tidak lagi cintakan buku.

"Sebagai pendidik, kita membina watak manusia yang boleh berfikir, berhujah dan menilai sesuatu yang berlaku.

"Namun jika kurang membaca, bagaimana pelajar itu mahu berfikir serta memberi pendapat serta menyelesaikan setiap masalah yang timbul," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Ekspo Konvokesyen 2009 (Convex 09) Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.

* Persoalan disini betulkah pelajar sekarang malas mambaca..????
Renung-renungkanlah...