Friday, August 21, 2009

Kelebihan-Kelebihan Solat Sunat Tarawih Dalam Bulan Ramadhan....

Malam Pertama:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam Ke 2:
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam Ke 3:
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam Ke 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam Ke 5:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam Ke 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam Ke 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.

Malam Ke 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam Ke 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam Ke 10:
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam Ke 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam Ke 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam Ke 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam Ke 14:
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam Ke 15:
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.

Malam Ke 16:
Allahsubhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam Ke 17:
Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam Ke 18:
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam Ke 19:
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam Ke 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam Ke 21:
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam Ke 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam Ke 23:
Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam Ke 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam Ke 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam Ke 26:
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam Ke 27:
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam Ke 28:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam Ke 29:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam Ke 30:
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar”.”

Saturday, August 15, 2009

Pengguna telefon bimbit mudah lupa: Kajian....???

BERITA HARIAN(15/08/2009)

MELBOURNE: Satu kajian mendapati pengguna muda telefon bimbit yang kerap mempunyai ingatan yang kurang baik, tindak balas yang perlahan terhadap masa dan membuat banyak kesilapan.

Kajian di kalangan 300 pelajar berumur 12 hingga 14 tahun dari 20 sekolah swasta dan negeri di Melbourne baru-baru ini menunjukkan kanak-kanak yang banyak menggunakan telefon bimbit kemungkinan mengorbankan ketepatan bagi mencapai kelajuan.

Kajian oleh penyelidik dari Monash University itu menunjukkan kanak-kanak disifatkan sebagai pengguna telefon bimbit yang tinggi kemungkinan besar mempunyai kurang ingatan, bertindak perlahan terhadap sesuatu tanggung jawab dan melakukan lebih banyak kesilapan daripada para pelajar yang kurang menggunakan telefon bimbit.



"Kami mengambil kira umur, jantina, etnik dan status sosio-ekonomi di dalam penyelidikan kami.

"Secara mudahnya, telefon mudah alih mungkin mengajar kanak-kanak untuk mencapai kelajuan daripada ketepatan," kata kata salah seorang penyedia laporan itu, Dr Geza Benke, kepada Australian Associated Press.

Laporan Monash University itu mendapati penggunaan telefon bimbit secara keseluruhannya dikaitkan dengan tindak balas yang cepat tetapi kurang tepat kepada paras ujian kognitif yang lebih tinggi.


Berita baiknya ialah kadar kesilapan palajar tidak mungkin dikaitkan dengan radiasi telefon bimbit. - Bernama


* Boleh percaya ke kajian ni..???
Lain macam je...ke guane pendapat korang...???

Wednesday, August 12, 2009

Pelajar sekarang malas membaca...

KOSMO (13 Ogos 2009)

GEORGE TOWN - "Pelajar kini makin malas membaca, berfikir dan menilai."

Begitulah nada kecewa yang disuarakan penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara 2008, Prof. Dr. Muhammad Salleh yang menyifatkan ramai golongan pelajar masa kini sama ada di sekolah mahupun universiti kurang membaca dan ia berbeza berbanding generasi lampau.

Beliau yang juga Sasterawan Negara berkata, biarpun seronok menjadi seorang pendidik namun beliau kecewa apabila pelajar yang lahir daripada sistem pendidikan sekarang tidak lagi cintakan buku.

"Sebagai pendidik, kita membina watak manusia yang boleh berfikir, berhujah dan menilai sesuatu yang berlaku.

"Namun jika kurang membaca, bagaimana pelajar itu mahu berfikir serta memberi pendapat serta menyelesaikan setiap masalah yang timbul," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Ekspo Konvokesyen 2009 (Convex 09) Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.

* Persoalan disini betulkah pelajar sekarang malas mambaca..????
Renung-renungkanlah...

Monday, August 10, 2009

Ambilah Pengajaran dari Maksud Ayat-Ayat Suci Ini

2. Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatnya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. ( al-anfal: 2)

216. Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. ( al-baqarah : 216 )

28. "(iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. ( ar`raad : 28 )

190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

191. (iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "wahai tuhan kami! tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, maha suci engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. ( ali-imran :190-191)

126. Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( ali-imran :126 )

1. alif, laam, miim.2. patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? ( al-ankabut : 1-2 )

214. Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). (al-baqarah: 214 )

23. Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturannya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya. ( az-zumar : 23 )

Saturday, August 8, 2009

Rintihan Subuh......

Pada pagi itu,seperti mana pagi2 yang lain,aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.
" Assalamualaikum",seru Subuh.
" Wa'alaikumsalam",sahutku.

Dan kami terus berpelukan,tanda rindu serta kasih sayang.Kutanya khabar subuh,bagaimana keadaanya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.
" Tadi...",kata Subuh dengan sayu,"...aku baru saja melintasi satu tempat.Kucari tempat persinggahan,Ku ketuk rumah2 yang sunyi,tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu."Dan airmata Subuh pun berlinangan."Subuh,usah kau pedulikan mereka,bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan?Subuh mengangkat mukanya seolah2 teringat sesuatu.

"Oh ya,tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai.Orang2nya sepertimu,menyambutku dengan penuh kesukaan,menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan.Hidangan yang paling aku suka adalah buah Tahajjud,puas kucari dibumi lain,tapi jarang ku jumpai.Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas dengan leka".Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu.Aku fahami maksud Subuh.

"Maaf Subuh,aku tiada menanam pohon Al-Lail,jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai.Tapi aku ada roti Shiyam",cadangku pada Subuh.Subuh menolak dengan hormat."Roti itu ada tuan punya",kata Subuh.

"Adakah kau mahu manisan Zikir?"rayuku pada Subuhu."Baiklah,ambilkan aku sedikit,serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan",pinta Subuh.Aku agak sugul,bagaimana harusku beritahu pada Subuh,yang Mata Air Tangisan sudah hampir kering akibat kemarau Maksiat yang Berpanjangan?

Aku terkejut.Perigi tersebut hampir separuh penuhnya.Dan aku berdetik didalam hati,adakah ini tanda kemarau akan berakhir?Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh,tetamu yang kusanjungi,dan kusuakan manisan yang dipintanya.Selesai menjamah kesemuanya,Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

"Subuh...",seruku,"...mahukah kau tinggal selamanya denganku?Aku memerlukan teman dalam kesunyian.Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai subuh".Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi."Aku perlu menziarahi ramai orang,dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka,sepertimana aku menguliti mimpimu".

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh."Subuh",...seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi,"Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?"."InsyaAllah",jawab Subuh,"...bukankah aku kekasih yang kau rindui?".Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

"Assalamulaikum",seru Subuh.
" Wa'alaikumsalam",jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh,yang semaik laju dengan setiap langkah.Dan akhirnya Subuh menghilang dari pandangan.

P/s......Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor,Asar,Magrib dan Isyak?

Friday, August 7, 2009

Betulkan 'bahasa rojak' media elektronik

UTUSAN MALAYSIA (25/07/2009)

JELEBU 24 Julai - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) memandang serius terhadap penggunaan 'bahasa rojak' di kalangan pengamal media radio dan televisyen tempatan.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kerajaan amat memandang serius terhadap fenomena itu dan menyarankan semua media penyiaran termasuk semua stesen radio dan televisyen agar dapat membetulkannya segera.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas terhadap kritikan surat pembaca yang disiarkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia hari ini mengenai penggunaan bahasa rojak dalam industri penyiaran tempatan.
''Kita perlu sensitif terhadap sebarang kritikan tentang penggunaan bahasa, namun kemurnian teguran ini memang dirasai dan saya sebagai antibahasa rojak berterima kasih dan gembira atas teguran ini.
''Saya juga menerima teguran pencinta bahasa dari Bedok, Singapura (mengenai perkara ini) dengan perasaan yang terbuka dan sebarang kesalahan akan diperbetulkan mulai sekarang," katanya.
Rais berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Projek Sekolah Angkat Bersama KPKK dan Telekom Malaysia Bhd. (TM) di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Tm, Datuk Zamzamzairani Mohd. Isa, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri, Siow Chen Pin, Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Abdullah Muhammad dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Teriang, Siti Zaleha Sabudin.
Menurut Rais, menerusi teguran yang dibuat itu jelas memperlihatkan penggunaan bahasa rojak digunakan secara berleluasa dan beliau akan mengambil langkah segera untuk mengatasinya.
''Sebagai contoh, di dalam laporan ini juga diberitahu bahawa Radio Televisyen Malaysia (RTM) ada menggunakan bahasa rojak yang menyebut angka Air Bus 380 dalam bahasa Inggeris dan bukannya tiga lapan kosong.
''Sekali imbas pandangan ini memang benar dan ini merupakan satu kesalahan bahasa," jelasnya.
Dalam pada itu, Rais memberitahu, dalam tempoh terdekat ini, beliau akan mengadakan pertemuan dengan juruhebah radio dan televisyen bagi menerangkan perkara tersebut

Saturday, August 1, 2009

Pencemaran Bahasa..?? Wujud atau tidak..??

Assalamualaikum...
Pada pendapat saya sebagai salah seorang mahasiswa IPTA yang sedang mengikuti kursus bahasa, isu pencemaran bahasa ini sememangnya wujud dan ianya bukan telah wujud pada hari ini sahaja tetapi isu ini telah wujud sejak dari dulu lagi. Walau bagaimanapun sejak akhir ini, isu pencemaran bahasa ini semakin menjadi-jadi. Contohnya kita dapat lihat isu pencemaran bahasa ini semakin menjadi-jadi dalam media terutamanya dalam media penyiaran. Buktinya apabila media penyiaran memilih bahasa rojak sebagai nama rancangan dan nama siaran mereka. Sebagai contoh, kritikan surat seorang pembaca yang disiarkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia pada 25haribulan Julai yang lalu mengenai penggunaan bahasa rojak dalam industri penyiaran tempatan.Di dalam surat pembaca itu telah diberitahu bahawa Radio Televisyen Malaysia (RTM) ada menggunakan bahasa rojak yang menyebut angka Air Bus 380 dalam bahasa Inggeris dan bukannya tiga lapan kosong.Sekali imbas pandangan ini memang benar dan ini merupakan satu kesalahan bahasa.Kenyataan ini dapat disahihkan lagi menurut Kamus Dewan Edisi Empat pencemaran bahasa bermaksud penggunaan bahasa yang tidak betul di kalangan masyarakat. Malah definisi pencemaran bahasa ini turut disokong oleh Nik Safiah Karim (1986), menurut beliau pencemaran bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar perauran-peraturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat. Manakala menurut Hassan bin Ahmad (1979:20), pencemaran bahasa bermaksud bahasa yang amat buruk digunakan sehingga mencemarkan imej Bahasa Malaysia. Maka dalam kes pencemaran bahasa yang semakin menjadi-jadi yang diwujudkan oleh media penyiaran ini, kita sudah sedia maklum bahawa pengaruh media penyiaran ini adalah amat besar sekali terutamanya kepada pendengar dari kalangan remaja. Malah isu pencemaran bahasa ini khususnya kekerapan penggunaan bahasa rojak oleh media penyiaran ini telah dipandang serius oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) iaitu Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Ini kerana beliau adalah seoarang yang antibahasa rojak dan menerusi teguran yang dibuat itu jelas memperlihatkan penggunaan bahasa rojak digunakan secara berleluasa dan beliau akan mengambil langkah segera untuk mengatasinya.
Oleh itu, apa yang dapat saya simpulkan disini ialah penggunaan bahasa yang bercampur aduk yakni bahasa rojak oleh penyiar ini, jika dibiarkan bukan sahaja akan merosakkan keindahan bahasa Malaysia yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi tetapi juga pemikiran anak bangsa kita pada kemudian hari. Sama-samalah kita renungkan.. SALAM...

Salam Perkenalan...

Syukur alhamdulillah, akhirnya terhasillah juga satu blog yang dibuat khas untuk subjek SKBL 3183 Linguistik & Komputer ini. Walaupun blog ini kelihatan agak tak seberapa jika untuk dibandingkan dengan blog-blog  orang lain, tetapi saya tetap berasa bangga kerana ini adalah percubaan pertama kali saya membuat blog.Maka dengan itu saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana wujudnya subjek Linguistik & Komputer ini didalam kos Linguistik...(kalau tak kerana subjek Linguistik& Komputer ini seumur hidup tidak akan merasa buat blog..huhuhu). Dalam pada itu,saya berharap kawan-kawan seperjuangan dalam kos Linguistik dapatlah sama-sama meluangkan sedikit masa untuk mengutarakan pandangan, nasihat mahupun teguran  keatas segala benda sama ada rencana, kisah hidup dan sebagainya yang akan dipaparkan didalam blog ini. Mudah-mudahan  ikatan ukhwah kita sesama manusia tidak kira bangsa ataupun agama akan terus terjalin sehingga akhir hayat. Salam Perkenalan....